Wednesday, October 16, 2019

Our Motto : Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatonah

The properties of PeKIM motto SIDDIQ AMANAH TABLIGH FATHONAH

Siddiq (truthfulness)
  • true to yourself,
  • be honest to others,
  • honest to God,
  • truthfullness to peace
Amanah (trustworthiness)
  • Unbelievable attitude,
  • respect, and honored 
  • sense of responsibility (piety) - 
  • showing optimal results oriented 
  • importance and sense of urgency,
  • Al- Amin,
  • credible,
  • trustworthy and trusting ones courtesy and
  • respect (honorable)


Tabligh (advocacy) 

  • convey truth through exemplary and a deep feeling of love 
  • ability to communicate (communication skills)
  • leadership expansion and
  • leadership enhancement of human resources quality (human resource development)
  • the ability to organize something (managerial skills) .

Fathonah (wisdom)
  • intelligence,
  • intellectuallity,
  • emotionally, and
  • spirituallity
  • Wisdom and knowledge
  • discipline
  • proactive attitude
  • able to choose the best .


Wednesday, October 9, 2019

Pengenalan PeKIM


Nama Pertubuhan
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN KEROHANIAN INSANIAH MALAYSIA 
(PeKIM)

No. Pendaftaran Pertubuhan
PPM-009-08-19122018

Taraf Pertubuhan
Peringkat Kebangsaan

Alamat Berdaftar
No. 61307, Lorong Madrasah, Kg. Tengku Hussein Baru, 30020 Ipoh Perak.

No Akaun
2580 48 0000 9052
Akaun Semasa RHB Bank
Pertubuhan Pembangunan Kerohanian Insaniah Malaysia 

Aktiviti Pertubuhan
Pertubuhan Pembangunan Kerohanian Insaniah Malaysia (PeKIM) adalah sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) bertaraf Kebangsaan yang ditubuhkan di Malaysia  bertujuan untuk melaksanakan aktiviti Pendidikan, Ekonomi Agama dan Kebajikan dengan kerjasama sektor awam dan swasta di Malaysia juga di peringkat antarabangsa.

Objektif Pertubuhan
Objektif penubuhan PeKIM adalah :
  1. Sebagai entiti bukan kerajaan yang giat membantu masyarakat mencapai kehidupan harmoni. 
  2. Memperjuangkan hak asasi, pendidikan insan, keselamatan alam sekitar dan kesejahteraan insan.
  3. Bekerjasama, menasihati dan membantu agensi agensi dengan mengendalikan aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat agama bangsa dan negara.
  4. Membantu pembentukan generasi muda yang mempunyai nilai insani dan kerohanian yang berfokus
Motto
Siddiq . Amanah . Tabligh . Fatonah

Misi
Melaksanakan aktiviti demi membina kehidupan yang lebih baik untuk semua. Membuat keputusan dan tindakan berasaskan kajian empirikal komprehensif dan penilaian data yang boleh dipercayai. Berusaha untuk membina hubungan yang produktif dan memberi impak positif melalui semua program kami.

Visi
(1) Pembangunan Kerohanian
(2) Pembangunan Sumber Manusia
(3) Pembangunan Fizikal
(4) Komunikasi Berkesan dan
(5) Integrasi Sumber-sumber

Hubungi kami
Tel : 019-553 4444 
Tel : 019-5769987
Tel : 010-7769655

Emel : pekim.malaysia@gmail.com

Keterangan LOGO
Latarbelakang Logo : 
Bewarna Putih memberi erti Kesucian dan Kemurnian

Bentuk
Menggambarkan seorang yang sedang duduk membaca. Bahu dan tangannya membentuk lambang 'LOVE' bererti jiwa kasih sayang. Keseluruhan bentuk lingkaran adalah gabungan abjad Pe.K.I.M. iaitu akronim kepada Pembangunan Kerohanian Insaniah Malaysia.

Warna
Warna Ungu pada logo memberi erti, nilai tinggi, kuasa, cita-cita, kreativiti, kebijaksanaan, maruah, ketaatan, ketenangan, dan kemerdekaan. manakala gabungan warna hitam pada logo memberi erti kuasa, keanggunan, formaliti dan kecanggihan

Barisan EXCO PeKIM


Saturday, October 5, 2019

PENCEROBOHAN PUKAT TUNDA

Posted :Friday, August 16, 2019;

Nelayan Sg. Chenaam, Sg. Acheh Pulau Pinang terancam akibat pencerobohan bot pukat tunda (Apollo) haram
======================================
1. Mata pencarian lebih 200 keluarga nelayan di Sg. Chenaam, Sg. Acheh Pulau Pinang terjejas akibat kegiatan pencerobohan bot pukat tunda (Apollo) haram dipercayai berlaku semenjak lebih dari 20 tahun.

2. Pencerobohan oleh bot pukat tunda dipercayai berlaku dari sempadan negeri Perak iaitu Tanjong Piandang sehingga ke sempadan Negeri Kedah dalam lingkungan tiga hingga lima batu nautika dari pantai tanpa mengira waktu siang atau malam.

3. Kegiatan haram mereka itu telah memusnahkan tempat perlindungan dan pembiakan ikan dan mengakibatkan kerugian besar apabila bot pukat tunda melanggar jaring serta bubu nelayan.

4. Kehadiran pukat tunda (Apollo) haram yang mencerobohi sering dilaporkan oleh nelayan tetapi tiada tindakan dari penguatkuasa maritim ataupun perikanan untuk mengatasi masalah dari terus berlaku.

5. Baru-baru ini terjadi peristiwa pergaduhan di laut yang megakibatkan kecederaan kerana kemarahan nelayan pesisir pantai yang aduan mereka tidak di endahkan.

6. Nelayan Sg. Chenaam dengan kerjasama NGO Kebangsaan PeKIM (Pertubuhan Pembangunan Kerohanian Insaniah Malaysia) serta serta ahli keluarga nelayan yang terancam akan mengadakan tunjuk perasaan pada hari Sabtu, 24hb Ogos 2019 ini untuk menggesa pihak penguatkuasa hadir mengambil tindakan drastik terhadap pengusaha bot pukat tunda haram.

7. ADUN Sg. Acheh, YB Zulkifli bin Ibrahim juga telah beberapa kali mengutarakan masalah ini ke pengetahuan Maritim dan Jabatan Perikanan tetapi masih juga tidak ada tindakan dan beliau bimbang akan terjadi lagi pergaduhan yang lebih besar.

8. Nelayan yang terancam mahukan isu ini dibawa ke peringkat atasan untuk perhatian Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Pertahanan.

9. Hubungi kami, 019-5769987 En. Abd. Halim Yahaya (Exco Perhubungan PeKIM) atau 013-5156958 En. Baseri Bin Aziz (Pegawai KADUN Sg. Acheh) untuk liputan dan tindakan selanjutnya

(NGO : PeKIM)

Pautan yang berkaitan:

https://www.buletinmutiara.com/adun-mahu-isu-pencerobohan-pukat-tunda-dan-pukat-appolo-diselesaikan-segera/

Friday, October 4, 2019

PeKIM MERAIKAN SAUDARA BARU


Chemor, 4 Oktober 2019 : Pertubuhan Pembangunan Kerohanian Insaniah Malaysia (PeKIM telah menghadiri Majlis Shahadah Saudara Baru di Madrasatul Hidayah, Kg. Tersusun Batu 10 Chemor, Ipoh.
Foto : Wakil NGO Pekim hadir menyampaikan sumbangan
Foto : Surau Madrasatul Al Hidayah, Kg Tersusun Batu 10, Chemor. Perak
Foto : Saudara baru mengalirkan airmata setelah melafazkan syahadah
Foto: Ketika lafaz syahadah berlangsung

Majlis yang di hadiri seramai 30 orang itu terdiri dari ahli jemaah surau, keluarga saudara baru, wakil NGO PeKIM dan wakil parti AMANAH kawasan Tambun, Ipoh Perak.

Di dalam ucapan pembukaan majlis oleh Imam surau tersebut, beliau melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT yang telah memberikan hidayah kepada saudara baru untuk memeluk Islam dan berharap umat Islam dapat bersatu membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai Muslim yang sebenar.